KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA    
 
Aduan/Maklum Balas Baharu   Aduan/Maklum Balas Baharu Semak Aduan/Maklum Balas   Semak Aduan/Maklum Balas Log Masuk Pelanggan   Log Masuk Pelanggan
  Daftar Baharu
Laman Utama| FAQ| Peta Laman| Pegawai Daftar Masuk   Saya ingin menggunakan English | B.Malaysia    
FAQ

                     

1. Apa yang boleh saya adu kepada Kementerian Kewangan Malaysia?

 

Kementerian Kewangan Malaysia boleh menyiasat aduan-aduan berkaitan tindakan-tindakan dan keputusan-keputusan pentadbiran bahagian, jabatan dan agensi-agensi di bawah Kementerian Kewangan Malaysia untuk menentukan sama ada tindakan itu salah,tidak adil atau tidak mengikut lunas undang-undang.

 

2. Adakah sebarang bayaran dikenakan untuk membuat aduan?

 

Tiada bayaran dikenakan.

 

3. Bolehkah saya membuat aduan bagi pihak orang lain?

 

Perlu memaklumkan hubungan anda dengan pengadu. Anda perlu mendapatkan keizinan daripadanya. Bagaimanapun,kami menggalakkan pengadu membekalkan maklumat peribadi termasuk nama, alamat untuk dihubungi dan nombor
telefon.

 

4. Apakah jenis aduan yang boleh diterima oleh Kementerian Kewangan Malaysia?

 

Jenis aduan yang diterima oleh Kementerian Kewangan Malaysia adalah mengenai kelewatan / tiada tindakan, tindakan

tidak adil, kekurangan kemudahan awam, kepincangan dasar dan kelemahan undang-undang, salah guna kuasa/ penyelewengan, salah laku anggota awam, kegagalan mengikut prosedur, kegagalan penguatkuasaan dan kualiti perkhidmatan yang tidak memuaskan.

 

5. Apa yang perlu saya masukkan dalam aduan kepada Kementerian Kewangan Malaysia?

 

Aduan anda perlu mengandungi maklumat yang mencukupi untuk membolehkan Kementerian Kewangan Malaysia menilai kedudukannya dan cara terbaik untuk membantu. Kami menggalakkan pengadu membekalkan maklumat-maklumat

peribadi termasuk nama, alamat untuk dihubungi dan nombor telefon untuk membolehkan kami melaporkan perkembangan
siasatan. Kami boleh merahsiakan butir-butir peribadi ini jika diminta oleh pengadu.

Sila beritahu kami dengan jelas apa yang anda mahu Kementerian Kewangan Malaysia siasat. Berikan sebanyak mungkin maklumat termasuk salinan-salinan surat atau dokumen yang menunjukkan anda telah berusaha menyelesaikan aduan itu dengan bahagian.jabatan dan agensi berkenaan. Beritahu kami hasil yang dikehendaki.

 

6. Apa berlaku kepada aduan saya?

 

Kementerian Kewangan Malaysia akan menghantar Surat Akuan Terima kepada anda dengan segera. Kami akan memberi pertimbangan yang teliti ke atas aduan anda. Dalam kebanyakan kes, kami akan menelefon agensi berkenaan atau
pegawai yang terlibat dan meminta penjelasan. Kami akan menulis kepada mereka untuk mendapatkan maklum balas dan
maklumat yang perlu. Kebanyakan aduan akan diselesaikan di peringkat ini. Sekiranya aduan membangkitkan isu yang
serius dan kompleks, atau kami tidak puas hati dengan tindak balas awal agensi, kami mungkin akan membuat siasatan
lanjut. Sekiranya kami tidak dapat menerima aduan anda atas sebab-sebab tertentu, kami akan menjelaskannya kepada
anda.

Anda akan diberitahu perkembangan siasatan.

Sekiranya kami mendapati aduan anda mempunyai asas, keputusannya akan dilaporkan kepada anda dan agensi
berkaitan. Kementerian Kewangan Malaysia mungkin akan mencadangkan supaya agensi menimbang semula atau
mengubah tindakan atau keputusan; supaya undang-undang, peraturan atau prosedur dipinda; dan/atau agensi perlu

mengambil tindakan lain yang sesuai dengan keadaan.

Kementerian Kewangan Malaysia tidak boleh menolak keputusan bahagian,jabatan dan agensi, atau memaksa mereka
mematuhi cadangan-cadangan kami. Bagaimanapun pada umumnya bahagian,jabatan dan agensi menerima baik
cadangan-cadangan Kementerian Kewangan Malaysia. Jika mereka tidak menerima dan jika Kementerian Kewangan
Malaysia berpandangan sesuatu perkara itu untuk kepentingan awam, kami boleh bawa isu yang berkaitan kepada

Jawatankuasa Tetap Pengaduan Awam Kementerian Kewangan Malaysia. Keputusan-keputusan yang dibuat oleh
Jawatankuasa mesti dilaksanakan.

 

7. Berapa lama Kementerian Kewangan Malaysia membuat siasatan?


Kami akan menyelesaikan aduan-aduan anda seberapa segera yang boleh. Bagi kes-kes yang rumit yang melibatkan
beberapa bahagian,jabatan dan agensi, ia mungkin mengambil masa untuk menyiasat.

 

Penafian | Privasi & Polisi
Hak Cipta © 2014 Biro Pengaduan Awam
Recommended 1024 x 768. Internet Explorer 9 and above, Mozilla Firefox, Google Chrome.
Muat Turun Adobe Reader